Thursday 16 January 2014

Coretan Seorang Mama : Part 2 (Trimester Pertama)

Assalamualaikum

Morning Mr.J..!!

Angin sepoi-sepoi bahasa kat kampung ni..eh..tak sepoi-sepoi jugak. Makin kuat adalah. Tapi apa-apa pun kalau tiada angin, kepanasan la pulak kan. So, bersyukur dengan seadanya. Alhamdulillah..

Hari ini dah hari ke-22 Mama berpantang. Sekejap je rasanya. Tapi nak menyampaikan ke hari ini..fuhh..macam-macam aktiviti nak kena fikir bagi nak menghilangkan kebosanan. Almaklumlah, pantang sorang-sorang..bosannn!!..Nasib baik ada Mr.J kita. Bolehlah mengisi kebosanan yang ada ni disamping mengimbas kembali memori lalu.. Chewahh.

Oooh.. baru teringat, hari dapat satu quote daripada  Bos Kecik Mama a.k.a Kak Oja. She wrote (speaking ko..!) "Setiap hari adalah hari baru, dan setiap hari kita adalah orang baru..Tinggalkan semua yang berlaku semalam dan move forward untuk hidup yang lebih bermakna dan yang best sahaja kita simpan untuk dikenang ".

Ihsan : Google

So, makna katanya kat sini, perkara yang tak elok atau bad atau sedih atau buruk atau macam-macam lagi lah yang tak elok, kita tak payah lah nak kenang-kenang sangat. Buat rasa sedih, sakit hati, bermuram durja dan mcam-macam lagi bad feeling. Thanks Kak Oja for your quote of the day. InsyaAllah akan ingat selalu. :-)

Ok..back to our topic, entry ini antara memori yang manis untuk dikenang oleh Mama.ceh..masa mengandung kemain banyak komplen. Ehemmm..termengelamun pulak.. Erm..Kenapakah dikatakan manis disitu.? Sebabnya, pengalaman mengandung orang berbeza-beza. Pengalaman mengandung dari seorang anak kepada anak yang lain juga berbeza (tulis macam dah banyak anak je.Mama tulis based on pengalaman orang lainlah). And disebabkan itulah ianya adalah memori manis untuk Mama..untuk orang lain Mama tak tau ye.

Berbalik kepada entry Mama sebelum ni, Mama kan dah confirm pregnant. So, lepas dah confirm je, Mama tanyalah pendapat beberapa orang kawan-kawan yang dah pernah pregnant apa yang patut dibuat bila kita masuk fasa trimester pertama ni. Then, Mama dapat beberapa feedback, antaranya.. Let's check it out..:-

1. Check up


 Ihsan : Google

Check up ni dalam ertikata lain adaah pemeriksaan bulanan. Penting ye untuk kita buat pemeriksaan bulanan especially untuk yang baru-baru pregnant ni. Mesti ada yang fikir nak buat dekat klinik swasta or klinik kerajaan (KKIA). Kalau klinik swasta cepat sikit..Kalau klinik kerajaan kena tunggu lama, servis slow, nurse garang and macam-macam lagi momokan yang ada dalam kepala kita. Jangan risau, Mama pun pernah fikir benda yang sama jugak. 

Tapi ingat ye bakal ibu-ibu yang ada diluar sana, untuk yang pertama kali mengandung, adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan dengan klinik kerajaan atau lebih tepat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) di kawasan yang berdekatan rumah anda (info tambahan : KKIA cover patient ikut kawasan. So,cari yang berdekatan rumah dan tanya dulu adakah rumah anda dalam territory KKIA tu).

Kenapa Mama sarankan buat dekat KKIA..antara sebab yang utama ialah sekiranya ada kes yang kritikal, klinik atau hospital swasta kebiasaannya tak ambil risiko untuk entertain patient yang ada masalah camni. They all akan refer kes ini ke hospital kerajaan jugak. so, better bersedia awal sebelum anda ditolak-tolak ke sana ke mari ye.

2ndly, KKIA sekarang banyak yang dah canggih. Peralatan pun banyak yang guna teknologi terkini (maybe klinik yang dekat-dekat kampung kurangla kot). Tapi based on pengalaman Mama, ada KKIA yang dah ada scan ultrasound tu contohnya KKIA Cheras (tempat Mama check up). So, boleh kategorikan up to date jugaklah KKIA tu. Selain tu, dah kurang dah nurse yang garang-garang. Semua baik-baik belaka. Comel-comel pulak tu. Sebenarnya, nurse ni bukan garang. Kadang-kadang perlu melayan kerenah pesakit yang macam-macam.That's why diorang stress. So, kenalah kita faham keadaan diorang jugak. Tapi apa-apa pun diorang akan cuba yang terbaik untuk pastikan kita dan baby dalam keadaan sihat. Selebihnya, Allah yang lebih mengetahui.

Last but not least, kalau kita buat pemeriksaan di klinik kerajaan, kita akan dapat buku merah (rujuk bawah). Buku ni ada dua copy. Satu untuk simpanan di klinik dan satu lagi simpanan sendiri. Kalau dekat klinik/hospital swasta, kebiasaannya rekod akan disimpan oleh mereka sahaja. Kita hanya dapat summary rawatan je. So, kebaikan bila kita simpan sendiri, andai kata kita terberanak terbersalin dekat kampung ke, tempat lain ke yang bukan di hospital asal yang kita plan, so pihak hospital yang berdekatan hanya perlu rujuk dekat buku ni je untuk tindakan mereka yang selanjutnya. Ada faham??? So, tak perlulah nak call merata-rata bagai. Mudah kan..?

So, pilihlah klinik kerajaan sebagai tempat check up bulanan. Free lagi. Tapi kalau duit banyak takde masalah nak pergi klinik swasta. Mama pun pergi jugak klinik swasta untuk buat scanning sebab dekat KKIA hanya sekali je buat scan. So, kalau nak nampak baby kita selalu, selang seli lah antara klinik swasta dan KKIA. Tepuk dada, tanyalah selera ye.

2. Buku Merah

"Buku merah jangan lupa bawa..moga-moga belum tamat tempoh.".Opps..nyanyian agak sumbang di situ. Ha, lagu ni Baba Insyirah selalu nyanyi kalau Mama tanya pasal buku merah.

Apa itu buku merah? Pasport? Buku hutang?..No..no..no.. Buku merah tu buku rekod kesihatan ibu-ibu mengandung ye. Ni la ghope buku merah tu :-

 
 Ihsan :My Collection
Apa kegunaan buku merah ni? Buku ni wajib ada sekiranya ibu-ibu sekalian or bakal-bakal ibu membuat pemeriksaan di klinik kerajaan atau KKIA. Ada dua salinan. Macam Mama mention sebelum ini, satu untuk simpanan klinik dan satu lagi untuk simpanan kita. Bawaklah kemana-mana saja yang korang pergi terutamanya bila dah masuk trimester ketiga.

Buku merah ni jugak perlu dibuat seawal yang mungkin specifically bila dah confirm pregnant but seeloknya before minggu ke-12. Nanti nurse marah ok siapa yang buat lambat. Bukan apa, nurse nak monitor dari awal. Kalau jadi apa-apa nanti diorang jugak nak kena menjawab. Mama dulu pun buat bila dah masuk 11 minggu. Alhamdulillah tak kena marah. Kan dah cakap nurse baik.. :-)

So, be prepare ibu-ibu sekalian.

3. Vitamin

Mama dulu bukanlah seorang yang makan segala jenis vitamin ni. Tapi, bila dah start pregant ni kenalah makan (ingat ye..anda bukan berseorangan lagi). So, paksalah diri makan segala vitamin. Bakal ibu-ibu jangan risau, biasanya KKIA akan bekalkan kita dengan vitamin asas untuk ibu mengandung contoh yang paling basic Asid Folik, Iron dan B Complex. Then, yang paling penting semuanya for free...!! Tapi kalau yang nak makan selain vitamin klinik adalah digalakkan selagi mana masih halal dan dijamin kandungannya. InsyaAllah.

4. Lain-lain

Selain yang tiga kat atas tu, pemakanan jugak penting. as usual, makan yang berkhasiat seperti yang dalam piramid makanan tu. Then, kasut pun dah tak boleh pakai high heels segala bagai (Mama tinggalkan segala kasut Mama yang tinggi-tinggi tu. Tak dapat I nak berfesyen ok.). Yang paling penting jangan terlalu renyah sangat tau terlebih aktif. Sayangi kandungan anda sebaik-baiknya. Bukan senang oii nak dapat.Hehe.

Erm..kalau diingat-ingat sebenarnya, trimester pertama adalah waktu yang paling kritikal untuk dijaga. Mama pernah bleeding masa ni yang disebabkan oleh Placenta Previa ataupun uri di bawah. Tapi untuk awal-awal tak perlu risau sebab InsyaAllah uri akan naik sendiri ke atas..but still kena berjaga-jaga and jangan buat kerja berat. Time ni lah waktu untuk Baba Insyirah bekerja keras buat kerja rumah.. Thanks Baba.. I Love U.

Ok lah, rasanya dah terlalu banyak menulis ni (padahal point takdela banyak sangat). Cukuplah sekadar perkongsian yang asas. Kalau nak tau lebih, bolehlah baca dekat sini..Macam-macam ada habaq hang..!!

InsyaAllah, next entry Mama akan share apa-apa ilmu atau pengalaman yang Mama dapat sepanjang tujuh bulan pregnant ni. Got to go now..Bye Mr.J.

Salam Sayang,

Mama Insyirah



5 comments:

  1. jap je da 22 hari kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ayu.dah 3 minggu berpantang.tak sbar nak habis..hehe

      Delete
  2. selamat berpantang..terus tabah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mar Mansor.InsyaAllah akan bertabah.

      Delete
  3. I am very greatfull to you as you shared this.I am recently developing associate app apple cider vinegar nutrition facts that is you may have an interest to seem on that :

    ReplyDelete