Tuesday, 21 January 2014

Coretan Seorang Mama : Part 3 (Trimester Kedua : Permulaan Kisah Sedihku)

Assalamualaikum

Hye Mr.J..

Dah berapa hari Mama tinggalkan blog ni. Almaklumlah Baba balik weekend. So, kenalah entertain my husband kan..

Alhamdulillah, dapat juga menjenguk blog hari ini untuk menyambung penulisan Mama yang tidak seberapa ni. So, back to tajuk utama, Mama nak ceritakan pengalaman pregnant masa dah masuk ke trimester kedua. 

Trimester kedua ni bermula daripada minggu ke-13 sehingga minggu ke-24. Lebih kurang dalam 4 bulan hingga 6 bulan kandungan la. Waktu ni ada sesetengah ibu-ibu yang baru nak mula rasa mual-mual, muntah-muntah dan sebagainya. Same goes to me. Start je dah tau mengandung, terus pulak rasa nak muntah bagai (padahal sebelum tu maintain elok je..siap cakap aku ni takde loya-loya)..Hamik kau. sekali dah loya...fuhhhh..siang malam la muntah-muntah..jangan silap makan sikit. Mulalah muntah-muntah menguasai diri.

Tapi kat sini bukan nak cerita pasal muntah-muntah tu..sebab Mama rasa kebanyakan ibu-ibu mengandung mengalami masalah yang sama.. tapi  kat sini Mama nak cerita pasal terdapat abnormality pada kandungan Mama ketika umur kandungan adalah 5 bulan..huhu..bermulalah episod sedih dalam hidup kami berdua.

Flashback..

Mama perlu buat pemeriksaan bulanan seperti biasa pada usia kandungan 20 minggu di KKIA Cheras. Checkup tu sekali dengan scan baby and tu adalah scan pertama dan terakhir di KKIA tersebut. Sepatutnya doc nak check masa kandungan 16 minggu tapi tak jadi pulak sebab masih kecik lagi. Ok la..layan saje.

Then, Mama datang ke klinik seperti biasa dan ditemani oleh Baba Insyirah. Sebelum nurse check, doc akan scan terlebih dahulu. Tunggu dengan penuh kesabaran...hmmm..nombor Mama dipanggil dan Mama masuk ke bilik doc dengan tersenyum. Dalam bilik tu ada dua orang doc yang bertugas, Sorang Melayu and sorang india. Mama diperiksa oleh doc India. Doc check buku merah, tanya sikit-sikit then dia mintak berbaring kat atas katil untuk scan.

Doc mula scan macam biasa.. Tetiba doc buat muka panik. Mama lagilah panik. tapi buat muka maintain. Doc panggil partner dia.. Dia cakap kat partner dia.." Can you see big bubble at baby?".. Alamak, bubble apa pulak dah..fuhh..berdebar ni tunggu. Then, doc Melayu pun check pulak. Dia pulak cakap macam ada big hole dekat bahagian diafragma baby..Ya Allah, dugaan apa ni..

At last, Mama beranikan diri tanya, "doc, ada masalah ke dengan baby saya?". Doc Melayu jawab, "kami perasan macam ada big hole dekat bahagian diafragma and paru-paru baby tak nampak. Takpe, masih awal lagi. Mudah-mudahan takde ape-ape." Masa tu, Allah saja yang tau perasaan Mama. Tapi still cover sedih lagi. Then doc suruh Mama bangun lepas buat scanning. Pergi balik ke meja doc, dan doc suruh Mama refer terus dekat HUKM...hmmm..Masa ni tahan nangus lagi.

Selepas tu, keluar daripada bilik doc, meleleh terus air mata. Tak tertahan dah. Jumpa Baba tak tercakap apa. Menangis dan terus menangis...Tapi, Mama still habiskan jugak check up dekat KKIA. Then bila dah habis and dah dapat surat doc refer ke HUKM, kami pun terus ke sana untuk check up lanjutan.

Sampai sana memang ramai la orangnya. Lama jugak nak menunggu. Dipendekkan cerita, Mama scan lagi kali kedua dekat HUKM. Ha, kali ni lagi panik. Doc yang check Mama diam tak cakap apa. A few minutes kemudian, dia panggil partner dia pulak.. Sudah..macam kritikal je sakit baby Mama ni..dalam hati duk berdoa je..

Baba dekat sebelah diam je tak cakap apa. Then doc tadi panggil pakar fetus (pakar janin dalam kata lain), Prof Norzi. Tunggu dalam beberapa minit, Prof Norzi datang bersama beberapa orang student..Then dia buat scanning pulak. After dia explain dekat doc-doc yang lain yang Mama tak berapa nak faham sebab dalam istilah perubatan, dia pun explain pada Mama menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Kesimpulan yang boleh Mama buat daripada penerangan doc tadi, paru-paru kiri Baby Insyirah dipenuhi dengan air. Selain tu, jantung Baby Insyirah jugak dah tertolak ke kanan. Can you imagine how sad I am. Kesian anak Mama..belum sempat jenguk dunia dah sakit kat dalam. Prof Norzi inform akan buat detail scanning untuk detect apa masalah sebenar pada minggu hadapan. And the worse part, dia tak boleh jamin berapa lama Baby Insyirah boleh survive.At this time, kena banyakkan berdoa sahaja..dan air mata Mama tumpah semula..

After dah selesai check up, kami ambil date untuk follow up check up dan detail scan. Then balik ke rumah dengan perasaan sedih yang teramat. Sebenarnya, hari yang kami dapat tau pasal Baby Insyirah adalah hari lahir Baba Insyirah yang ke-26. Kesian dekat Baba. walaupun dia nampak tenang, tapi Mama tau dia sedih.

Mama mintak maaf Baba..Apa-apa pun Mama sayang Baba dunia dan akhirat.

Lepas dari hari tu, kami menunggu dengan penuh kesabaran untuk detail scan. Mama akan story dalam next entry pasal detail scan ni.

Salam Sayang,

Mama Insyirah



No comments:

Post a Comment