Assalamualaikum
Hai Mr.J..
I'm back..!!
Entry kali ini lebih berkisarkan kehidupanku selepas bergelar isteri yang comel kepada Baba Insyirah.. :-) dan lebih spesifik pengalaman sewaktu mengandung. Kenapa selepas mengandung? Kenapa tak masa honeymoon ke, masa berdua-duaan ke.Oppss.boleh ke update yang tu...kena minta izin Baba insyirah dulu la.
Erm..kembali kepada tajuk entry utama..Mama sebenarnya rindukan saat-saat mengandungkan baby Insyirah. That's why Mama insist nak update pasal mengandung ni. Lebih-lebih lagi masih dalam mood berpantang. Bila sebut nama tu Mama jadi sayu dan sedih sangat..Kenapa? Mama akan ceritakan di entry yang lain.InsyaAllah.
Flasback....(sila bayangkan awan-awan macam dalam drama ke, kartun ke ye kawan-kawan)
Julai,2013
Normally, Mama akan period awal bulan. Macam last month, Mama start period pada 06 Jun. But dalam bulan ni Mama dah terlewat tiga hari. peliklah jugak since selalunya tak pernah lewat. Nak dijadikan cerita, Mama dan Baba macam tak sihat badan dalam masa yang sama..jeng..jeng..jeng..Apakah itu tandanya??Hmmm..Maybe...Tapi tak nak lafikir lebih-lebih sangat kan.
Ihsan : Google
Mood yang you all akan rasa ye bila nak period or time period. Pening orang nak layan especially hubby-hubby sekalian..hehe
Then, kami pun pergi ke Poliklinik untuk check..but bukan check pregnant or yang sewaktu dengannya..tapi check demam ye kawan-kawan. Memang Mama demam time tu. Kan Mama cakap tak sedap badan. Doc pun bagila macam-macam ubat kat Mama dan suruh balik berehat. Hari tu pulak hari Isnin (confirm MC) so dapatla Mama berehat sehari.
Balik dari klinik, tetiba cakap dengan Baba, "Sayang nak beli pregnancy kit la. Kotla mengandung ke.". Then Baba pun layankan dan terus pergi ke farmasi berdekatan untuk beli alat tersebut. Bagi yang tak berapa nak tau, kat bawah ni contoh gambar pregnancy kit. Harga dia lebih kurang RM9.00- RM40.00 bergantung kepada jenis. Ada yang macam kertas litmus, yang elektronik dan macam-macam lagi la. Boleh guna cik Google untuk tengok sampel yang lain ye. Mama cuma guna yang macam kat bawah ni je. Murah..!!
Ihsan : Google
Sebenarnya, dua minggu sebelum tu, Mama pernah buat test tu jugak sebabnya Mama nak pergi Family Day dekat Sungkai. Takutla terlebih aktif, jadi satu hal pulak keguguran. Tapi Mama terlalu bijak, so Mama tersalah buat test dan hasilnya adalah.....
Ihsan : Google
Invalid..!!!!..Haha.
So,dengan confidentnya pergilah ke Family Day mengandaikan Mama tak pregnant. Alhamdulillah everything went well.
Continue semula story kita tadi, then after Mama dah beli pregnancy kit untuk kali kedua, kami pun balik rumah. Sampai je rumah, excited nak buat test (macam confirm je).Mama pun baca instruction dengan proper ye (dalam toilet bukan dekat ruang tamu eh..). Tiada lagi hentam kromo seperti sebelum ni..dengan Bismillah dalam hati je (sebab dalam toilet)..Mama pun buat testing ikut arahan..tunggu seminit...dua minit..tiga minit sampailah lebih kurang lima minit...and the result is............
Ihsan : My Collection
I'm Pregnant...!!!Alhamdulillah.
Happy sesangat time tu. Apalagi, inform dekat Baba Insyirah tapi masing-masing still tak percaya lagi. lagipun line merah tu ala-ala pink je. So, nak dapatkan kepastian, kami pun pergi semula dekat Poliklinik tu and buat retest. Result still sama dan doc cakap maybe mengandung..Maybe..??OMG..tapi doc kata jangan makan ubat demam yang doc bagi pagi tadi..ok..mengikut arahan. Doc juga suggest untuk buat retest selepas sebulan untuk confirmkan semula result...Baikkk
Balik rumah, Google pasal line pink tu.Then dapatlah sesuatu..Line tu dipanggil faint line. Faint line ni warna dia memang ala-ala pink. Biasanya di awal kehamilan, bila kita buat test, memang akan dapat line macam tu. Bila Mama rujuk dengan kawan Mama, seorang nurse dekat PPUM merangkap ex-housemate dekat Vista Angkasa dulu (Alya namanya.Sorry ye Alya mention nama kamu.Promote..hehe), dia inform result positif but weak positif (haila..macam ni pun ada ke).Ok.maklumat diterima.
So, kepada sesiapa yang nak lebih tau tentang perkara ni, boleh rujuk sini untuk keterangan lanjut. --->http://www.early-pregnancy-tests.com/faint-line-pregnancy-test.html
Ihsan : My Collection
And lagi satu, doc juga suggest untuk test pada waktu pagi. Urin kita yang pertama. Kenapa??. Sebabnya, waktu pagi tu, hormon HCG kita lebih tinggi. Maybe sebab dah terkumpul lama kot waktu kita tidur malam. Tu yang kadar hormon lebih tinggi. Itu hanyalah kefahaman Mama yang bukan bergelar doktor la. So, sila rujuk sini untuk lebih kepastian ---> http://www.babycenter.com.my/a1052241/ujian-kehamilan-di-rumah
So, Mama decide untuk buat semula ujian sampai confirm..Hehe. At last, Alhamdulillah, Allah bagi rezeki awal kepada kami berdua. sangat-sangat bersyukur dan dalam kepala dah plan macam-macam. Apa plan tu?? Tak boleh cerita sekarang sebab dah lapar sangat ni. Orang pantang tak boleh perut kosong.Nanti masuk angin.
Panjang sungguh coretan Mama ni. Mengandungkan tujuh bulan, so macam-macam nak story. Takpelah, untuk anak Mama yang tersayang, Izz Insyirah.
Ok lah, kita jumpa lagi di entry yang akan datang.
Salam Sayang,
Mama Insyirah
No comments:
Post a Comment