Friday, 17 January 2014

Masak ooh masak..Ayam Black Pepper

Assalamualaikum

Mr.J,

Mama nak masak apa hari ni untuk diri sendiri. Umi takde nak masakkan untuk orang berpantang..waaa...Tunggu Baba Insyirah alamat masuk angin la perut ni..Hmmmm.. Terpaksa masak sendiri la gayanya..

Orang berpantang boleh makan ayam kan.. So, kita masak ayam lada hitam la.. ala-ala resipi masak kicap..Untuk yang tak tau camne resipinya..Let's check it out guys..

AYAM LADA HITAM

Bahan-bahan:

3 ketul ayam (terpulang kat korang nak guna berapa banyak ayam pun la sebenarnya)
1 labu bawang putih dihiris halus (kalau nak tumbuk pun boleh..tradisional gitu u ollss)
2 inci halia dihiris halus (boleh ambil pembaris dan ukur ye camne yang dikatakan dua inci tu..hehe..acah je..jangan buat.haru jadinya)
3 sudu lada hitam ditumbuk (yang segera pun ada)
1 sudu lada kisar (sesedap rasa.. nak pedas letak lebih tapi kalau tak berpantang la ye)
Minyak untuk menumis (agak-agak sendiri la ye. Kalau tak nak berminyak letak sikit je)

Cara  Penyediaan:

Tumis semua bahan kecuali ayam. Bila dah naik bau, masukkan ayam dan sedikit air (ikut kesesuaian..jangan cair sangat). Tunggu sehingga ayam empuk kemudian boleh dihidang dan dimakan bersama-sama nasi panas.

Ha..senangkan. So, apa lagi..masaklah untuk diri sendiri tapi dengan bantuan Baba Insyirah jugak (Thanks Baba walaupun kena komen je).. 

Mama dah kenyang sebab dah makan tadi. :-p

Ok lah..got to go now.Byeee.

P/s : Resipi diadaptasi daripada sini

Salam sayang,

Mama Insyirah

1 comment:

  1. saya selalu masak camni tp biasa kai sos lada itam..

    ReplyDelete