Nurulhani Abdullah nama diberi oleh En.Abdullah dan Puan Smi. Dengan Rasminya bergelar seorang isteri kepada Muhamad Ihsan Zainal Abidin a.k.a Baba Insyirah pada 03 Mei 2013 (one of the sweet moment in my life..mana taknye bernikah dengan pojaan hatikoo). 26 Disember 2013, sekali lagi dinaikkan pangkat menjadi seorang Mama kepada seorang puteri Izz Insyirah Muhamad Ihsan (juga saat yang paling indah dalam hidup walaupun hanya selama 5 jam..)
Bekas graduan di Universiti Kebangsaan Malaysia (2006-2009) dalam jurusan Ekonomi, pelajar Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah (2005-2006), pelajar SMKA Segamat, Johor (2003-2004), pelajar SMK Bandar Maharani (2000-2002), pelajar SMA Kerajaan Johor, Kluang (2000), pelajar SK Tanjung Gading, Muar (1997-1999), pelajar SK Durian Tunggal, Melaka (1996), pelajar SK Sungkai, Perak (1995)..whoaaaa..banyak betul sekolahnya..
Mama hanyalah insan biasa-biasa yang hidup di kalangan insan luar biasa. Mudah-mudahan boleh menjadi insan luar biasa suatu hari nanti. InsyaAllah.
Salam Sayang,
Mama Insyirah
No comments:
Post a Comment