Tuesday, 14 January 2014

Mengapakah berblogging??

Assalamualaikum,

Hai Mr.J...

Alhamdulillah Mama Insyirah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Tajuk entry hari ini..Mengapakah berblogging????...Actually before ni terlintas untuk buat blog tapi tak tau apa yang patut diceritakan dalam blog ini..Rasa segan,malu and whatever feelings semua bersarang..but semalam dapat kekuatan untuk proceed jugak tulis blog ni.

Ermmm..berbalik kepada tajuk entry asal, ada orang yang berblogging sebab nak mencari side income..ada yang nak bergosip..ada yang nak share something dan lain-lain sebab lagi..tapi bagi Mama, tujuan Mama berblogging kali ini dengan beberapa sebab, antaranya :

1. Tempat meluahkan perasaan rindu

Tett..meluah perasaan kepada siapa tu...kepada Baba Insyirah???jawapannya adalah tidak..kerana kalau nak luah perasaan dekat Baba Insyirah, tak perlu tulis panjang-panjang dalam blog.. Whatsap sajalah....hantar mesej pun boleh.Baba pun bukan rajin membaca blog Mama ni..main game je kerjanya..opps.sorry Baba..hehe..

Sebenarnya, tujuan utama blog ni diwujudkan adalah sebagai tempat melepaskan rindu kepada puteri tersayang kami...Izz Insyirah Muhamad Ihsan...Siapakah dia????Kemana dia menghilang???Apakah sebabnya???Erm..Mama akan ceritakan dalam entry yang lain...sedih tak boleh nak cerita..sob..sob..

2. Mengisi masa terluang semasa berpantang

Mengapakah masa berpantang??? sebab Mama bosan sesangat time pantang ni... Almaklumlah berpantang sorang-sorang.huhuhu. Baca novel dah berbuku-buku..Tapi masa berlalu sangatlah lambat. Hari ini hari ke-20 berpantang..dan selama itulah jadual harian Mama sama je...mandi..makan...tengok tv..tido..makan semula..tengok tv..mandi..tengok tv..tido...ha..tak ke rasa bosan yang teramat sangat..so, dengan berblogging ni, bertambahlah jadual harian Mama..yeah..!!

3. Platform untuk berbisnes online

Chewahh..platform gitu...orang kata sediakan payung sebelum hujan..so, Mama sediakan platform dulu sebelum berbisnes..hehe..masih dalam perancangan..tengah mencari bisnes apa yang paling bersesuaian dengan jiwa..gituuu..InsyaAllah, akan direalisasikan..memandangkam harga barang semakin mencanak-canak naik...Mama perlu mencari pendapatan tambahan bagi membantu ekonomi keluarga yang baru nak berkembang ni..InsyaAllah.

4. Share sesuatu yang dilihat atau didengar atau dibaca yang boleh bagi manfaat kepada orang lain

Erm..Mama masih mentah dalam dunia blog ni dan takde siapa pun nak baca blog picisan Mama ni..tapi Mama beranggapan suatu hari nanti mesti ada entry Mama yang berguna kepada pembaca.. sebab apa  rasa camtu...sebabnya, bila Mama dalam keadaan pantang macam ini (dalam keadaan yang tak boleh nak buat kerja macam-macam), banyak blog yang Mama singgah untuk membaca pengalaman pahit-manis, review produk, bajet untuk itu-ini dan macam-macam lagi.

So diharapkan adalah entry Mama yang berguna suatu hari nanti untuk tatapan dan perkongsian bersama..

So, itu sajalah antara sebab-sebab Mama berblogging. Tak taula pulak kalau akan datang ada sebab-sebab lain pulak..hehe..

Ok..jumpa lagi di entry yang akan datang...

Salam Sayang,

Mama Insyirah


No comments:

Post a Comment