Tuesday, 4 February 2014

Ada apa dengan De Ihaira Gallery..??

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Hai all,

Hari ni Mama nak update tentang De Ihaira Gallery (apa tu..?? tetiba je muncul). Ingat tak pada entry yang awal-awal dulu yang Mama cakap niat nak berblogging ni. Kalau tak ingat boleh rujuk sini. Ha, sekarang dah tercapai salah satu niat tersebut. Alhamdulillah. Good start untuk diri sendiri (kata-kata semangat kat diri sendiri tu penting ye kawan-kawan)..Chaiyok2.

So, ni lah hasilnya... De Ihaira Gallery...!!

Apa itu De Ihaira Gallery?

Ehem..ehem.. Sebenarnya De Ihaira Gallery merupakan sebuah butik online yang ditubuhkan secara rasminya pada 29 Januari 2014 (baru tujuh hari rupanya).

Bagaimana nama De Ihaira Gallery diperolehi?

Nama tersebut diambil sempena nama Baba Insyirah, Mama Insyirah dan Baby Insyirah.. :-)..sweet sangatla tu kan..Nama Baba Insyirah ialah Muhamad Ihsan..so Mama ambil pangkal IH. Then nama Mama Insyirah pulak Nurulhani..guna HA je.. Last sekali IRA datangnya daripada nama Izz Insyirah.. Bila combine dapatlah kombinasi IHAIRA..puas Mama fikir nak combine sekali nama Baba (kang kecik hati tak masuk sekali..hehe).

Konsep De Ihaira Gallery?

Masih berkonsepkan dropship buat masa sekarang. Ada jugak yang ready stock tapi tak banyak la.Mama wish nak ada produk sendiri atas nama De Ihaira Gallery. U olls tolong doakan ye..Amin.

Apa yang ada dekat De Ihaira Gallery?

Macam-macam ada.Contoh-contohnya ;

1. Hijab keluaran Elle Zada

Elle Zada merupakan sebuah butik hijab muslimah yang diasaskan oleh pasangan suami isteri muda Elle dan suaminya Shah Zada Khan (sangat inspire dengan mereka..!!). Nama butik ini juga diambil sempena dengan nama mereka. Boleh refer dekat sini kalau nak tau lebih lanjut pasal butik ni. Bagi yang bertudung labuh amat sesuai nak cuci-cuci mata dekat butik ni.. :-)

Antara produk yang ada :

 *Wide Shawl Marshmallow*

 *Wide Shawl Monalisa*

 *Premium Telekung Hijab*

*Floral Awning Hijab*

*Zahraa Awning Hijab*

Harga bermula daripada RM 75 hingga RM 150. U olls pasti takkan menyesal beli produk keluaran Elle Zada.. InsyaAllah.

2. Shawl keluaran Terbaik dari Ladang (TDL)

Nama pun dah Terbaik Dari Ladang kan..Dah tentu la terbaikk..!!..item ni ready stock. Ada 10 colour semuanya yang cantik, menarik dan da boomm. Boleh dipakai time nak pergi ofis ke, kenduri ke, dinner ke.. Husband u olls confirm tak kelip-kelip mata tengok (ceh..ayat bodek..hehe). InsyaAllah cantik.

Setakat ni kami hanya ada koleksi Aleeya Shawl untuk tatapan semua.

*Aleeya Shawl in da houzzz*

Harga untuk shawl ni ialah RM69.

3. Gorgeous dress daripada Nifsha House

Butik online yang diasaskan oleh seorang ibu muda. Sangat kagum dengan semangat beliau untuk survive demi membantu suami menyara keluarga dengan berniaga online. InsyaAllah Mama akan ambil semangat beliau untuk terus memajukan De Ihaira Gallery.

Antara koleksi yang ada :







Harga bermula daripada RM69 hingga RM79.

Dan yang terbaru adalah daripada El Zahraa. Masih dalam proses mengemaskini. So, Mama akan update later pasal produk El Zahraa ni. InsyaAllah.

Kat mana nak cuci-cuci mata ni?

Jemputlah singgah ke page Mama yang tak seberapa ni di De Ihaira Gallery. Kalau berminat boleh drop you message ye kawan-kawan.. :-)

Rasanya setakat ni sajalah pengenalan untuk De Ihaira Gallery. Terima kasih atas sokongan semua yang tidak berbelah bagi.

Mama akan update produk terbaru di entry yang lain pulak ye.

Salam Sayang,

Mama Insyirah

Wednesday, 29 January 2014

29012014 : Welcome De Ihaira Gallery

Assalamualaikum..


De Ihaira Gallery in Dunia Insyirah...!!

Alhamdulillah..Syukur kepada Allah akhirnya dapat juga mama setup galeri ini khas untuk anak mama Izz Insyirah.

Masih meniarap dalam dunia perniagaan online dan masih tercari-cari halatuju yang sesuai untuk galeri ini. 

Apa-apa pun mama akan cuba sedaya upaya untuk berjaya. Doakan mama ye sayang. Mama rindu awak sangat.

Semoga suatu hari kita dapat berjumpa. InsyaAllah.

Salam Sayang,

Mama Insyirah

Monday, 27 January 2014

Projek Berpantang

Assalamualaikum

Mr.J,

Lama sudah kita tak ketemu ya...hehe

Mama agak busy lately nak update blog. Kisah pasal Insyirah akan disambung semula selepas selesai projek masa berpantang ni..apa dia???kita sama-sama nantikan.

By the way, semalam adalah 26 Januari 2014, genap sebulan anak Mama dilahirkan dan genap sebulan juga anak Mama di bawah jagaan Sang Pencipta. Semoga rohmu sentiasa tenang anakku sayang. Mama dan Baba always love u with all our heart.

Al-fatihah untuk Izz Insyirah Muhamad Ihsan.

Salam Sayang,

Mama Insyirah

Tuesday, 21 January 2014

Coretan Seorang Mama : Part 3 (Trimester Kedua : Permulaan Kisah Sedihku)

Assalamualaikum

Hye Mr.J..

Dah berapa hari Mama tinggalkan blog ni. Almaklumlah Baba balik weekend. So, kenalah entertain my husband kan..

Alhamdulillah, dapat juga menjenguk blog hari ini untuk menyambung penulisan Mama yang tidak seberapa ni. So, back to tajuk utama, Mama nak ceritakan pengalaman pregnant masa dah masuk ke trimester kedua. 

Trimester kedua ni bermula daripada minggu ke-13 sehingga minggu ke-24. Lebih kurang dalam 4 bulan hingga 6 bulan kandungan la. Waktu ni ada sesetengah ibu-ibu yang baru nak mula rasa mual-mual, muntah-muntah dan sebagainya. Same goes to me. Start je dah tau mengandung, terus pulak rasa nak muntah bagai (padahal sebelum tu maintain elok je..siap cakap aku ni takde loya-loya)..Hamik kau. sekali dah loya...fuhhhh..siang malam la muntah-muntah..jangan silap makan sikit. Mulalah muntah-muntah menguasai diri.

Tapi kat sini bukan nak cerita pasal muntah-muntah tu..sebab Mama rasa kebanyakan ibu-ibu mengandung mengalami masalah yang sama.. tapi  kat sini Mama nak cerita pasal terdapat abnormality pada kandungan Mama ketika umur kandungan adalah 5 bulan..huhu..bermulalah episod sedih dalam hidup kami berdua.

Flashback..

Mama perlu buat pemeriksaan bulanan seperti biasa pada usia kandungan 20 minggu di KKIA Cheras. Checkup tu sekali dengan scan baby and tu adalah scan pertama dan terakhir di KKIA tersebut. Sepatutnya doc nak check masa kandungan 16 minggu tapi tak jadi pulak sebab masih kecik lagi. Ok la..layan saje.

Then, Mama datang ke klinik seperti biasa dan ditemani oleh Baba Insyirah. Sebelum nurse check, doc akan scan terlebih dahulu. Tunggu dengan penuh kesabaran...hmmm..nombor Mama dipanggil dan Mama masuk ke bilik doc dengan tersenyum. Dalam bilik tu ada dua orang doc yang bertugas, Sorang Melayu and sorang india. Mama diperiksa oleh doc India. Doc check buku merah, tanya sikit-sikit then dia mintak berbaring kat atas katil untuk scan.

Doc mula scan macam biasa.. Tetiba doc buat muka panik. Mama lagilah panik. tapi buat muka maintain. Doc panggil partner dia.. Dia cakap kat partner dia.." Can you see big bubble at baby?".. Alamak, bubble apa pulak dah..fuhh..berdebar ni tunggu. Then, doc Melayu pun check pulak. Dia pulak cakap macam ada big hole dekat bahagian diafragma baby..Ya Allah, dugaan apa ni..

At last, Mama beranikan diri tanya, "doc, ada masalah ke dengan baby saya?". Doc Melayu jawab, "kami perasan macam ada big hole dekat bahagian diafragma and paru-paru baby tak nampak. Takpe, masih awal lagi. Mudah-mudahan takde ape-ape." Masa tu, Allah saja yang tau perasaan Mama. Tapi still cover sedih lagi. Then doc suruh Mama bangun lepas buat scanning. Pergi balik ke meja doc, dan doc suruh Mama refer terus dekat HUKM...hmmm..Masa ni tahan nangus lagi.

Selepas tu, keluar daripada bilik doc, meleleh terus air mata. Tak tertahan dah. Jumpa Baba tak tercakap apa. Menangis dan terus menangis...Tapi, Mama still habiskan jugak check up dekat KKIA. Then bila dah habis and dah dapat surat doc refer ke HUKM, kami pun terus ke sana untuk check up lanjutan.

Sampai sana memang ramai la orangnya. Lama jugak nak menunggu. Dipendekkan cerita, Mama scan lagi kali kedua dekat HUKM. Ha, kali ni lagi panik. Doc yang check Mama diam tak cakap apa. A few minutes kemudian, dia panggil partner dia pulak.. Sudah..macam kritikal je sakit baby Mama ni..dalam hati duk berdoa je..

Baba dekat sebelah diam je tak cakap apa. Then doc tadi panggil pakar fetus (pakar janin dalam kata lain), Prof Norzi. Tunggu dalam beberapa minit, Prof Norzi datang bersama beberapa orang student..Then dia buat scanning pulak. After dia explain dekat doc-doc yang lain yang Mama tak berapa nak faham sebab dalam istilah perubatan, dia pun explain pada Mama menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Kesimpulan yang boleh Mama buat daripada penerangan doc tadi, paru-paru kiri Baby Insyirah dipenuhi dengan air. Selain tu, jantung Baby Insyirah jugak dah tertolak ke kanan. Can you imagine how sad I am. Kesian anak Mama..belum sempat jenguk dunia dah sakit kat dalam. Prof Norzi inform akan buat detail scanning untuk detect apa masalah sebenar pada minggu hadapan. And the worse part, dia tak boleh jamin berapa lama Baby Insyirah boleh survive.At this time, kena banyakkan berdoa sahaja..dan air mata Mama tumpah semula..

After dah selesai check up, kami ambil date untuk follow up check up dan detail scan. Then balik ke rumah dengan perasaan sedih yang teramat. Sebenarnya, hari yang kami dapat tau pasal Baby Insyirah adalah hari lahir Baba Insyirah yang ke-26. Kesian dekat Baba. walaupun dia nampak tenang, tapi Mama tau dia sedih.

Mama mintak maaf Baba..Apa-apa pun Mama sayang Baba dunia dan akhirat.

Lepas dari hari tu, kami menunggu dengan penuh kesabaran untuk detail scan. Mama akan story dalam next entry pasal detail scan ni.

Salam Sayang,

Mama Insyirah



Friday, 17 January 2014

Masak ooh masak..Ayam Black Pepper

Assalamualaikum

Mr.J,

Mama nak masak apa hari ni untuk diri sendiri. Umi takde nak masakkan untuk orang berpantang..waaa...Tunggu Baba Insyirah alamat masuk angin la perut ni..Hmmmm.. Terpaksa masak sendiri la gayanya..

Orang berpantang boleh makan ayam kan.. So, kita masak ayam lada hitam la.. ala-ala resipi masak kicap..Untuk yang tak tau camne resipinya..Let's check it out guys..

AYAM LADA HITAM

Bahan-bahan:

3 ketul ayam (terpulang kat korang nak guna berapa banyak ayam pun la sebenarnya)
1 labu bawang putih dihiris halus (kalau nak tumbuk pun boleh..tradisional gitu u ollss)
2 inci halia dihiris halus (boleh ambil pembaris dan ukur ye camne yang dikatakan dua inci tu..hehe..acah je..jangan buat.haru jadinya)
3 sudu lada hitam ditumbuk (yang segera pun ada)
1 sudu lada kisar (sesedap rasa.. nak pedas letak lebih tapi kalau tak berpantang la ye)
Minyak untuk menumis (agak-agak sendiri la ye. Kalau tak nak berminyak letak sikit je)

Cara  Penyediaan:

Tumis semua bahan kecuali ayam. Bila dah naik bau, masukkan ayam dan sedikit air (ikut kesesuaian..jangan cair sangat). Tunggu sehingga ayam empuk kemudian boleh dihidang dan dimakan bersama-sama nasi panas.

Ha..senangkan. So, apa lagi..masaklah untuk diri sendiri tapi dengan bantuan Baba Insyirah jugak (Thanks Baba walaupun kena komen je).. 

Mama dah kenyang sebab dah makan tadi. :-p

Ok lah..got to go now.Byeee.

P/s : Resipi diadaptasi daripada sini

Salam sayang,

Mama Insyirah

Thursday, 16 January 2014

AyuZan in Dunia Insyirah

Assalamualaikum..

Mr.J.....Sob..sob..uhuk..


Ihsan : Google

You know what..Mama terharu sangat dengan seorang blogger merangkap junior zaman sekolah-sekolah dulu.. AyuZan. Dia tulis entry pasal Mama dan Baby Insyirah dalam blog. Mama dapat inspirasi menulis blog ni pun daripada dia. Kenapa ek..?? Maybe sebab walaupun dia kecik tapi berani nak berhadapan dengan dunia maya ni. Hehe..jangan marah ye Ayu yang kiut. :-). Thanks Ayu for the entry and for all the 'kata-kata semangat' untuk akak.

Ihsan : Google

By the way, dia pun baru melangsungkan pernikahan dengan salah seorang junior Mama jugak, Zam (sorry ye..akak tak ingat nama penuh awak).. Bukan mudah nak kekalkan hubungan dalam jangka masa yang lama kan. Macam-macam dugaan. Sama macam Mama dan Baba Insyirah jugak (promote nampak..hehe) Alhamdulillah, kalau dah jodoh tak kemana kan.??

So, Mama rasa tak terlewat untuk wish kat korang berdua....

Ihsan : Google
 Selamat Pengantin Baru
Barakallah

Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam rahmat Allah. Kalau gaduh-gaduh jangan dipanjangkan ye adik berdua.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..dan semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah hendaknya.. Amin

Last but not least, buat majlis jangan lupa jemput Mama and Baba Insyirah ye. Congrate korang. Happy for both of u.!!

Salam Sayang,

Mama Insyirah

Coretan Seorang Mama : Part 2 (Trimester Pertama)

Assalamualaikum

Morning Mr.J..!!

Angin sepoi-sepoi bahasa kat kampung ni..eh..tak sepoi-sepoi jugak. Makin kuat adalah. Tapi apa-apa pun kalau tiada angin, kepanasan la pulak kan. So, bersyukur dengan seadanya. Alhamdulillah..

Hari ini dah hari ke-22 Mama berpantang. Sekejap je rasanya. Tapi nak menyampaikan ke hari ini..fuhh..macam-macam aktiviti nak kena fikir bagi nak menghilangkan kebosanan. Almaklumlah, pantang sorang-sorang..bosannn!!..Nasib baik ada Mr.J kita. Bolehlah mengisi kebosanan yang ada ni disamping mengimbas kembali memori lalu.. Chewahh.

Oooh.. baru teringat, hari dapat satu quote daripada  Bos Kecik Mama a.k.a Kak Oja. She wrote (speaking ko..!) "Setiap hari adalah hari baru, dan setiap hari kita adalah orang baru..Tinggalkan semua yang berlaku semalam dan move forward untuk hidup yang lebih bermakna dan yang best sahaja kita simpan untuk dikenang ".

Ihsan : Google

So, makna katanya kat sini, perkara yang tak elok atau bad atau sedih atau buruk atau macam-macam lagi lah yang tak elok, kita tak payah lah nak kenang-kenang sangat. Buat rasa sedih, sakit hati, bermuram durja dan mcam-macam lagi bad feeling. Thanks Kak Oja for your quote of the day. InsyaAllah akan ingat selalu. :-)

Ok..back to our topic, entry ini antara memori yang manis untuk dikenang oleh Mama.ceh..masa mengandung kemain banyak komplen. Ehemmm..termengelamun pulak.. Erm..Kenapakah dikatakan manis disitu.? Sebabnya, pengalaman mengandung orang berbeza-beza. Pengalaman mengandung dari seorang anak kepada anak yang lain juga berbeza (tulis macam dah banyak anak je.Mama tulis based on pengalaman orang lainlah). And disebabkan itulah ianya adalah memori manis untuk Mama..untuk orang lain Mama tak tau ye.

Berbalik kepada entry Mama sebelum ni, Mama kan dah confirm pregnant. So, lepas dah confirm je, Mama tanyalah pendapat beberapa orang kawan-kawan yang dah pernah pregnant apa yang patut dibuat bila kita masuk fasa trimester pertama ni. Then, Mama dapat beberapa feedback, antaranya.. Let's check it out..:-

1. Check up


 Ihsan : Google

Check up ni dalam ertikata lain adaah pemeriksaan bulanan. Penting ye untuk kita buat pemeriksaan bulanan especially untuk yang baru-baru pregnant ni. Mesti ada yang fikir nak buat dekat klinik swasta or klinik kerajaan (KKIA). Kalau klinik swasta cepat sikit..Kalau klinik kerajaan kena tunggu lama, servis slow, nurse garang and macam-macam lagi momokan yang ada dalam kepala kita. Jangan risau, Mama pun pernah fikir benda yang sama jugak. 

Tapi ingat ye bakal ibu-ibu yang ada diluar sana, untuk yang pertama kali mengandung, adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan dengan klinik kerajaan atau lebih tepat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) di kawasan yang berdekatan rumah anda (info tambahan : KKIA cover patient ikut kawasan. So,cari yang berdekatan rumah dan tanya dulu adakah rumah anda dalam territory KKIA tu).

Kenapa Mama sarankan buat dekat KKIA..antara sebab yang utama ialah sekiranya ada kes yang kritikal, klinik atau hospital swasta kebiasaannya tak ambil risiko untuk entertain patient yang ada masalah camni. They all akan refer kes ini ke hospital kerajaan jugak. so, better bersedia awal sebelum anda ditolak-tolak ke sana ke mari ye.

2ndly, KKIA sekarang banyak yang dah canggih. Peralatan pun banyak yang guna teknologi terkini (maybe klinik yang dekat-dekat kampung kurangla kot). Tapi based on pengalaman Mama, ada KKIA yang dah ada scan ultrasound tu contohnya KKIA Cheras (tempat Mama check up). So, boleh kategorikan up to date jugaklah KKIA tu. Selain tu, dah kurang dah nurse yang garang-garang. Semua baik-baik belaka. Comel-comel pulak tu. Sebenarnya, nurse ni bukan garang. Kadang-kadang perlu melayan kerenah pesakit yang macam-macam.That's why diorang stress. So, kenalah kita faham keadaan diorang jugak. Tapi apa-apa pun diorang akan cuba yang terbaik untuk pastikan kita dan baby dalam keadaan sihat. Selebihnya, Allah yang lebih mengetahui.

Last but not least, kalau kita buat pemeriksaan di klinik kerajaan, kita akan dapat buku merah (rujuk bawah). Buku ni ada dua copy. Satu untuk simpanan di klinik dan satu lagi simpanan sendiri. Kalau dekat klinik/hospital swasta, kebiasaannya rekod akan disimpan oleh mereka sahaja. Kita hanya dapat summary rawatan je. So, kebaikan bila kita simpan sendiri, andai kata kita terberanak terbersalin dekat kampung ke, tempat lain ke yang bukan di hospital asal yang kita plan, so pihak hospital yang berdekatan hanya perlu rujuk dekat buku ni je untuk tindakan mereka yang selanjutnya. Ada faham??? So, tak perlulah nak call merata-rata bagai. Mudah kan..?

So, pilihlah klinik kerajaan sebagai tempat check up bulanan. Free lagi. Tapi kalau duit banyak takde masalah nak pergi klinik swasta. Mama pun pergi jugak klinik swasta untuk buat scanning sebab dekat KKIA hanya sekali je buat scan. So, kalau nak nampak baby kita selalu, selang seli lah antara klinik swasta dan KKIA. Tepuk dada, tanyalah selera ye.

2. Buku Merah

"Buku merah jangan lupa bawa..moga-moga belum tamat tempoh.".Opps..nyanyian agak sumbang di situ. Ha, lagu ni Baba Insyirah selalu nyanyi kalau Mama tanya pasal buku merah.

Apa itu buku merah? Pasport? Buku hutang?..No..no..no.. Buku merah tu buku rekod kesihatan ibu-ibu mengandung ye. Ni la ghope buku merah tu :-

 
 Ihsan :My Collection
Apa kegunaan buku merah ni? Buku ni wajib ada sekiranya ibu-ibu sekalian or bakal-bakal ibu membuat pemeriksaan di klinik kerajaan atau KKIA. Ada dua salinan. Macam Mama mention sebelum ini, satu untuk simpanan klinik dan satu lagi untuk simpanan kita. Bawaklah kemana-mana saja yang korang pergi terutamanya bila dah masuk trimester ketiga.

Buku merah ni jugak perlu dibuat seawal yang mungkin specifically bila dah confirm pregnant but seeloknya before minggu ke-12. Nanti nurse marah ok siapa yang buat lambat. Bukan apa, nurse nak monitor dari awal. Kalau jadi apa-apa nanti diorang jugak nak kena menjawab. Mama dulu pun buat bila dah masuk 11 minggu. Alhamdulillah tak kena marah. Kan dah cakap nurse baik.. :-)

So, be prepare ibu-ibu sekalian.

3. Vitamin

Mama dulu bukanlah seorang yang makan segala jenis vitamin ni. Tapi, bila dah start pregant ni kenalah makan (ingat ye..anda bukan berseorangan lagi). So, paksalah diri makan segala vitamin. Bakal ibu-ibu jangan risau, biasanya KKIA akan bekalkan kita dengan vitamin asas untuk ibu mengandung contoh yang paling basic Asid Folik, Iron dan B Complex. Then, yang paling penting semuanya for free...!! Tapi kalau yang nak makan selain vitamin klinik adalah digalakkan selagi mana masih halal dan dijamin kandungannya. InsyaAllah.

4. Lain-lain

Selain yang tiga kat atas tu, pemakanan jugak penting. as usual, makan yang berkhasiat seperti yang dalam piramid makanan tu. Then, kasut pun dah tak boleh pakai high heels segala bagai (Mama tinggalkan segala kasut Mama yang tinggi-tinggi tu. Tak dapat I nak berfesyen ok.). Yang paling penting jangan terlalu renyah sangat tau terlebih aktif. Sayangi kandungan anda sebaik-baiknya. Bukan senang oii nak dapat.Hehe.

Erm..kalau diingat-ingat sebenarnya, trimester pertama adalah waktu yang paling kritikal untuk dijaga. Mama pernah bleeding masa ni yang disebabkan oleh Placenta Previa ataupun uri di bawah. Tapi untuk awal-awal tak perlu risau sebab InsyaAllah uri akan naik sendiri ke atas..but still kena berjaga-jaga and jangan buat kerja berat. Time ni lah waktu untuk Baba Insyirah bekerja keras buat kerja rumah.. Thanks Baba.. I Love U.

Ok lah, rasanya dah terlalu banyak menulis ni (padahal point takdela banyak sangat). Cukuplah sekadar perkongsian yang asas. Kalau nak tau lebih, bolehlah baca dekat sini..Macam-macam ada habaq hang..!!

InsyaAllah, next entry Mama akan share apa-apa ilmu atau pengalaman yang Mama dapat sepanjang tujuh bulan pregnant ni. Got to go now..Bye Mr.J.

Salam Sayang,

Mama Insyirah



Wednesday, 15 January 2014

Coretan Seorang Mama : Part 1 (I'm pregnant..!!)

Assalamualaikum

Hai Mr.J..

I'm back..!!

Entry kali ini lebih berkisarkan kehidupanku selepas bergelar isteri yang comel kepada Baba Insyirah.. :-) dan lebih spesifik pengalaman sewaktu mengandung. Kenapa selepas mengandung? Kenapa tak masa honeymoon ke, masa berdua-duaan ke.Oppss.boleh ke update yang tu...kena minta izin Baba insyirah dulu la.

Erm..kembali kepada tajuk entry utama..Mama sebenarnya rindukan saat-saat mengandungkan baby Insyirah. That's why Mama insist nak update pasal mengandung ni. Lebih-lebih lagi masih dalam mood berpantang. Bila sebut nama tu Mama jadi sayu dan sedih sangat..Kenapa? Mama akan ceritakan di entry yang lain.InsyaAllah.

Flasback....(sila bayangkan awan-awan macam dalam drama ke, kartun ke ye kawan-kawan)

Julai,2013

Normally, Mama akan period awal bulan. Macam last month, Mama start period pada 06 Jun. But dalam bulan ni Mama dah terlewat tiga hari. peliklah jugak since selalunya tak pernah lewat. Nak dijadikan cerita, Mama dan Baba macam tak sihat badan dalam masa yang sama..jeng..jeng..jeng..Apakah itu tandanya??Hmmm..Maybe...Tapi tak nak lafikir lebih-lebih sangat kan.

 Ihsan : Google
 Mood yang you all akan rasa ye bila nak period or time period. Pening orang nak layan especially hubby-hubby sekalian..hehe

Then, kami pun pergi ke Poliklinik untuk check..but bukan check pregnant or yang sewaktu dengannya..tapi check demam ye kawan-kawan. Memang Mama demam time tu. Kan Mama cakap tak sedap badan. Doc pun bagila macam-macam ubat kat Mama dan suruh balik berehat. Hari tu pulak hari Isnin (confirm MC) so dapatla Mama berehat sehari.

Balik dari klinik, tetiba cakap dengan Baba, "Sayang nak beli pregnancy kit la. Kotla mengandung ke.". Then Baba pun layankan dan terus pergi ke farmasi berdekatan untuk beli alat tersebut. Bagi yang tak berapa nak tau, kat bawah ni contoh gambar pregnancy kit. Harga dia lebih kurang RM9.00- RM40.00 bergantung kepada jenis. Ada yang macam kertas litmus, yang elektronik dan macam-macam lagi la. Boleh guna cik Google untuk tengok sampel yang lain ye. Mama cuma guna yang macam kat bawah ni je. Murah..!!

 Ihsan : Google

Sebenarnya, dua minggu sebelum tu, Mama pernah buat test tu jugak sebabnya Mama nak pergi Family Day dekat Sungkai. Takutla terlebih aktif, jadi satu hal pulak keguguran. Tapi Mama terlalu bijak, so Mama tersalah buat test dan hasilnya adalah.....

 Ihsan : Google

 Invalid..!!!!..Haha.

So,dengan confidentnya pergilah ke Family Day mengandaikan Mama tak pregnant. Alhamdulillah everything went well. 

Continue semula story kita tadi, then after Mama dah beli pregnancy kit untuk kali kedua, kami pun balik rumah. Sampai je rumah, excited nak buat test (macam confirm je).Mama pun baca instruction dengan proper ye (dalam toilet bukan dekat ruang tamu eh..). Tiada lagi hentam kromo seperti sebelum ni..dengan Bismillah dalam hati je (sebab dalam toilet)..Mama pun buat testing ikut arahan..tunggu seminit...dua minit..tiga minit sampailah lebih kurang lima minit...and the result is............

 Ihsan : My Collection

I'm Pregnant...!!!Alhamdulillah.

Happy sesangat time tu. Apalagi, inform dekat Baba Insyirah tapi masing-masing still tak percaya lagi. lagipun line merah tu ala-ala pink je. So, nak dapatkan kepastian, kami pun pergi semula dekat Poliklinik tu and buat retest. Result still sama dan doc cakap maybe mengandung..Maybe..??OMG..tapi doc kata jangan makan ubat demam yang doc bagi pagi tadi..ok..mengikut arahan. Doc juga suggest untuk buat retest selepas sebulan untuk confirmkan semula result...Baikkk

Balik rumah, Google pasal line pink tu.Then dapatlah sesuatu..Line tu dipanggil faint line. Faint line ni warna dia memang ala-ala pink. Biasanya di awal kehamilan, bila kita buat test, memang akan dapat line macam tu. Bila Mama rujuk dengan kawan Mama, seorang nurse dekat PPUM merangkap ex-housemate dekat Vista Angkasa dulu (Alya namanya.Sorry ye Alya mention nama kamu.Promote..hehe), dia inform result positif but weak positif (haila..macam ni pun ada ke).Ok.maklumat diterima.


 
 Ihsan : My Collection

So, kepada sesiapa yang nak lebih tau tentang perkara ni, boleh rujuk sini untuk keterangan lanjut. --->http://www.early-pregnancy-tests.com/faint-line-pregnancy-test.html 

And lagi satu, doc juga suggest untuk test pada waktu pagi. Urin kita yang pertama. Kenapa??. Sebabnya, waktu pagi tu, hormon HCG kita lebih tinggi. Maybe sebab dah terkumpul lama kot waktu kita tidur malam. Tu yang kadar hormon lebih tinggi. Itu hanyalah kefahaman Mama yang bukan bergelar doktor la. So, sila rujuk sini untuk lebih kepastian ---> http://www.babycenter.com.my/a1052241/ujian-kehamilan-di-rumah

So, Mama decide untuk buat semula ujian sampai confirm..Hehe. At last, Alhamdulillah, Allah bagi rezeki awal kepada kami berdua. sangat-sangat bersyukur dan dalam kepala dah plan macam-macam. Apa plan tu?? Tak boleh cerita sekarang sebab dah lapar sangat ni. Orang pantang tak boleh perut kosong.Nanti masuk angin.

Panjang sungguh coretan Mama ni. Mengandungkan tujuh bulan, so macam-macam nak story. Takpelah, untuk anak Mama yang tersayang, Izz Insyirah.

Ok lah, kita jumpa lagi di entry yang akan datang.

Salam Sayang,

Mama Insyirah

Tuesday, 14 January 2014

Mengapakah berblogging??

Assalamualaikum,

Hai Mr.J...

Alhamdulillah Mama Insyirah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Tajuk entry hari ini..Mengapakah berblogging????...Actually before ni terlintas untuk buat blog tapi tak tau apa yang patut diceritakan dalam blog ini..Rasa segan,malu and whatever feelings semua bersarang..but semalam dapat kekuatan untuk proceed jugak tulis blog ni.

Ermmm..berbalik kepada tajuk entry asal, ada orang yang berblogging sebab nak mencari side income..ada yang nak bergosip..ada yang nak share something dan lain-lain sebab lagi..tapi bagi Mama, tujuan Mama berblogging kali ini dengan beberapa sebab, antaranya :

1. Tempat meluahkan perasaan rindu

Tett..meluah perasaan kepada siapa tu...kepada Baba Insyirah???jawapannya adalah tidak..kerana kalau nak luah perasaan dekat Baba Insyirah, tak perlu tulis panjang-panjang dalam blog.. Whatsap sajalah....hantar mesej pun boleh.Baba pun bukan rajin membaca blog Mama ni..main game je kerjanya..opps.sorry Baba..hehe..

Sebenarnya, tujuan utama blog ni diwujudkan adalah sebagai tempat melepaskan rindu kepada puteri tersayang kami...Izz Insyirah Muhamad Ihsan...Siapakah dia????Kemana dia menghilang???Apakah sebabnya???Erm..Mama akan ceritakan dalam entry yang lain...sedih tak boleh nak cerita..sob..sob..

2. Mengisi masa terluang semasa berpantang

Mengapakah masa berpantang??? sebab Mama bosan sesangat time pantang ni... Almaklumlah berpantang sorang-sorang.huhuhu. Baca novel dah berbuku-buku..Tapi masa berlalu sangatlah lambat. Hari ini hari ke-20 berpantang..dan selama itulah jadual harian Mama sama je...mandi..makan...tengok tv..tido..makan semula..tengok tv..mandi..tengok tv..tido...ha..tak ke rasa bosan yang teramat sangat..so, dengan berblogging ni, bertambahlah jadual harian Mama..yeah..!!

3. Platform untuk berbisnes online

Chewahh..platform gitu...orang kata sediakan payung sebelum hujan..so, Mama sediakan platform dulu sebelum berbisnes..hehe..masih dalam perancangan..tengah mencari bisnes apa yang paling bersesuaian dengan jiwa..gituuu..InsyaAllah, akan direalisasikan..memandangkam harga barang semakin mencanak-canak naik...Mama perlu mencari pendapatan tambahan bagi membantu ekonomi keluarga yang baru nak berkembang ni..InsyaAllah.

4. Share sesuatu yang dilihat atau didengar atau dibaca yang boleh bagi manfaat kepada orang lain

Erm..Mama masih mentah dalam dunia blog ni dan takde siapa pun nak baca blog picisan Mama ni..tapi Mama beranggapan suatu hari nanti mesti ada entry Mama yang berguna kepada pembaca.. sebab apa  rasa camtu...sebabnya, bila Mama dalam keadaan pantang macam ini (dalam keadaan yang tak boleh nak buat kerja macam-macam), banyak blog yang Mama singgah untuk membaca pengalaman pahit-manis, review produk, bajet untuk itu-ini dan macam-macam lagi.

So diharapkan adalah entry Mama yang berguna suatu hari nanti untuk tatapan dan perkongsian bersama..

So, itu sajalah antara sebab-sebab Mama berblogging. Tak taula pulak kalau akan datang ada sebab-sebab lain pulak..hehe..

Ok..jumpa lagi di entry yang akan datang...

Salam Sayang,

Mama Insyirah


Monday, 13 January 2014

Here we start..!!

Assalamualaikum..

Hello Mr.J..Wahh gitu..teringat kembali zaman sekolah sewaktu dipaksa untuk membuat English Diary..gelabah rasanya..tapi bak kata pepatah English, Just go with the flow..ha..akhirnya aku berjaya jugak menghabiskan diary aku tapi malangnya ntah kemana menghilang..oppsss..terstory pasal diary pulak.

By the way, tujuan utama posting entry ini adalah untuk mengucapkan TAHNIAH kepada diri sendiri kerana telah berjaya menjadi seorang blogger amatur..dan InsyaAllah will be professional blogger.chewah..berangan ko.!

Yeah..!!! Big Congrates to Mama Insyirah.

Sumber : google

Alhamdulillah..setelah sekian lama berfikir dan terus berfikir, akhirnya mendapat kekuatan untuk menjadi penulis tidak bertauliah. 

Apa-apa pun aku mengharapkan blog ni taklah menjadi gajah putih dan bersarang labah-labah selepas aku kembali bekerja semula. 

Rasanya tak terlambat lagi untuk wish kepada diri sendiri dan Baba Insyirah "Selamat Tahun Baru 2014. May Allah Bless Our Marriage Until Jannah. I love abang and Insyirah so much..mmuah..mmuah"..hehe..Sorry ye Baba. Menggedik sikit since Mama so excited dah bukak blog ni kan. So, lepas ni your new pc will be mine. 

Last but not least :

Happy blogging to me.

Salam Sayang,

Mama Insyirah